Kelas Microsoft Word (Membuat Header & Footer)
25 Jul 2020 | Aktiviti TerkiniJumaat yang lepas telah diadakan Kelas Membuat Header dan Footer di dalam Microsoft Word. Pembelajaran kali ini mengajar pelajar membuat cerpen menggunakan Microsoft Word. Kelas kali ni dihadiri oleh 3 orang pelajar. Sepertimana telah diketahui mengenai isu Pandemik Covid19, SOP masih perlu dipatuhi oleh staff Pusat Internet Kampung Taee dan pelajar atau orang awam yang datang. Walaupun begitu, Pusat Internet Kampung Taee mengambil inisiatif lain untuk menyampaikan maklumat kepada komuniti dengan bersiaran secara langsung menggunakan Facebook Page.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar membuat cerpen menggunakan Microsoft Word. Cerpen memerlukan suntingan di header dan footer di dalam Microsoft Word dengan tujuan informasi mengenai cerpen tersebut yang ingin difokuskan oleh penyunting seperti contoh tajuk dan nama pengarang yang berkenaan. Selain itu, kelas ini membantu pelajar untuk mengulang kembali pembelajaran sebelumnya pelajar boleh muat semula semua maklumat.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pelajar boleh mendapat pelbagai maklumat dari kelas pertama pada awal bulan setiap sesi diadakan. Kelas ini juga adalah percuma untuk semua ahli berdaftar di Pusat Internet Kampung Taee. Selain itu, pelajar boleh menduduki kelas dengan keadaan yang selesa dan mengikut SOP yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: